anakwayang2











{February 1, 2010}   SURAYA – 6: TENGOK WAYANG (2)

Cerita wayang

Tiba di Panggung wayang Empire, orang sudah ramai berdiri-diri santai ditepi panggung wayang, sambil melihat-lihat poster yang terpampang di dinding panggung wayang. Tidak kurang juga yang sedang membeli makanan yang dijual digerai-gerai ditepi panggung wayang. Ada kacang tanah goreng, kacang tanah rebus, jeruk timun, jeruk kepayas, gula-gula, keropok, sotong bakar, sotong masak kicap , jagung rebus dan macam-macam lagi makanan ringan.

Mereka tidak membeli makanan atau minuman. Sudah menjadi kebiasaan keluarga ini tidak makan selain makanan yang disediakan dirumah mereka sendiri. Hero Filem Melayu yang mereka tonton malam itu ialah Aziz Jaafar dan Jins Shamsuddin, manakala heroinnya ialah Sarimah. Rata-rata penonton malam itu berpuas hati dengan tayangan malam itu.

Selesai sahaja tayangan wayang, Suraya dengan keluarga sepupunya bergegas pulang kerumah dengan berjalan kaki juga. Sebaik tiba dihadapan kongsi PWD di Jalan Utara itu, Suraya dan anak-anak sepupunya berlari kerana kononnya berhampiran dengan ‘pokok sabun’ (pokok sawit) yang tumbuh ditepi jalan itu orang kononnya pernah nampak ‘kepala’ bergolek-golek. Nasib baiklah rumah mereka tidak lah jauh, maka dengan tercungap-cungap mereka tiba diperkarangan rumah disambut pula oleh bunyi bising dua ekor angsa peliharaan sepupunya. Takut disudu oleh angsa yang ganas itu, mereka dengan tergesa-gesa menaiki tangga rumah.

BACA LAGI>>

Teknik Memikat Wanita>>



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

et cetera
%d bloggers like this: