anakwayang2











{January 22, 2010}   Natasha menyanyi?

Natasha menyanyi?

Sumber
hmetro
2010/01/22

SESEORANG penyanyi lazimnya fokus terhadap nyanyian manakala pelakon pula pada lakonan. Namun, dalam era kini artis seharusnya menjadi serba boleh. Tidak hairan jika ada antara di kalangan mereka kini beralih angin menjadi artis rakaman suara.

Alibi Music Sdn Bhd (AMSB) yang bernaung di bawah Metadome Sdn Bhd baru diwujudkan awal tahun ini. Sekalipun syarikat rakaman membawa masuk produk luar, Metadome nyata tidak melupakan bakat tempatan. Dalam pada itu Metadome memayungi lima artis lain seperti The Fabulous Cats, Imran Ajmain, Liyana Jasmay, Han OIAM dan Sleeq.
Bekas kumpulan VE, Abdullah Ahmad (Lah) berkata, artis perlu ada inisiatif untuk mengikuti arus semasa kerana ia adalah cara terbaik peminat sentiasa mendapat pembaharuan. Artis tanpa perubahan kelak dikata ketinggalan zaman.
“Ingin saya jelaskan sewaktu era Beethoven, muzik berkisar penjualan skor muzik. Pada era Michael Jackson pula jualan album meletup, tetapi sekarang muat turun nada dering cara terbaru mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar.

“Perubahan begini perlu diketahui artis. Justeru tidak salah jika saya mahu berkembang bersama Alibi Music,” katanya.
Bagi pelakon, Natasha, 27, single pertamanya, Hanya Tuhan Yang Tahu akan diputarkan di stesen radio bulan depan. Baginya bukan pelik pelakon bergelar penyanyi apatah lagi dia mempunyai pengalaman menyanyi dalam filem Tipu Kanan Tipu Kiri.

“Bagi saya tidak sukar menjadi penyanyi dan pelakon dalam satu masa asalkan kita tahu membahagikan masa. Bagaimanapun, untuk persembahan pertama konsert Alibi Music ini, saya terasa sedikit kekok. Apapun, saya yakin perasaan itu diatasi menerusi lebih banyak persembahan konsert Alibi Music selepas ini,” katanya.
Ezlynn, berpengalaman 11 tahun bidang nyanyian, antara penyanyi wanita popular dilamar Alibi Music. Penyanyi 29 tahun melonjak menerusi lagu Hi Hi Bye Bye dan single, Sengsara ini pernah merakam album, Ehmm dan Pisst! sewaktu bersama Kru Music Group (KMG) selama enam tahun.
Menurutnya, tawaran syarikat baru menghasilkan single setiap beberapa bulan adalah pendekatan baik. Ezlynn meraih Anugerah Artis Baru Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004.
“Kebetulan baru tamat kontrak bersama KMG. Bernaung di bawah label baru beri peluang menerbitkan video klip sendiri. “Promosi dilakukan Alibi Music hebat. Saya tidak mahu terlepas peluang jadi antara artis terbaik mereka,” katanya.
Pengacara muda, Awal kali pertama bergelar artis rakaman, merakam single pertama bertajuk Memori.
“Sekarang baru tahu beza gementar jadi pengacara dan penyanyi. Jika pengacara, cakap beberapa perkataan pertama, gugup hilang serta-merta. Penyanyi? Perasaan hanya hilang apabila lagu dinyanyikan berakhir.
“Apapun, saya terbuka dan memang serius terhadap nyanyian. Saya rasa bukan masalah besar seorang penghibur beralih angin asalkan mereka diterima pendengar,” kata Awal menandatangani kontrak selama setahun.

Pengurus Kanan Alibi Music Sdn Bhd, KC Ismail berkata penyertaan pelbagai latar artis pengacara, penyanyi dan pelakon beri peluang kepada mereka meningkatkan karier masa depan.

“Pelancaran Alibi Music adalah kesinambungan kepada perubahan dilakukan untuk tahun 2010. Alibi Music memperkenalkan revolusi muzik baru yang lebih segar. Metadome akan beri tumpuan terhadap Penyediaan Kandungan Bergerak (Content Provider).
“Apapun, pengambilan artis bukan tangkap muat. Semua disaring menerusi sesi uji bakat. Walaupun berpengalaman, mereka masih disyaratkan mengikuti sesi khas sebelum bergelar artis Alibi,” katanya.

Teknik Tahan Lama..



{January 22, 2010}   Tempahan Tiket Wayang

Percaya atau tidak! Kini rakyat malaysia sudah boleh menempah tiket wayang secara online!. Semalam, tiba-tiba sahaja saya terasa ingin tengok wayang. Seperti biasa, setiap kali nak tengok wayang , saya akan lawati dulu website gsc untuk menempah tiket wayang secara online!

Bukan apa.. dulu. masa saya muda2 dulu…. oh! . Saya & rakan-rakan serumah (masa bujang dulu ler) pernah tengok  wayang dengan beratur panjang di gsc,masa tue tiada TGV lagi.kira masa tue gsc dah popular sangat masa tue berbanding dengan panggung wayang yang lain Jadi,kami bertolak awal-awal takut  tak dapat tiket yang memang selalunya sold out.

Setelah sampai di kaunter, dengan muka yang penuh “keyakinan”… kami pun  beli tiket wayang kalau tak silap aku masa tue cerita  sembilu ..maklumlah masa tue cerita cinta cintun ni lah yang paling popular arahan abang Yusof Haslam lagi tue…kami berlima pun masuk di panggung  dengan muka ala-ala kontrol,mana taknya,semua yang tengok wayang masa tue semuanya bawa awek masing masing..kira couple la.kami  pula semuanya lelaki..kelakar betul la kalau nak dikenang-kenangkan…

Apa-apa pun sekarang nie bermacam-macam kemudahan yang kita kecapi dengan hanya di hujung jari je kita dapat apa yang kita mahu…yelah mana taknya ..dulu nak tengok wayang kena beratur panjang2,sekarang nie tak perlu,beli melalui online je..bayar bil-bil pun boleh melalui online,malah nak keluar duit,transfer duit pun boleh melalui online..macam-macam kemudahan yang kita kecapi dengan hanya melalui Internet.

Itulah Kuasa Internet ..so kepada para pembaca yang membaca blog saya ini,harap anda semua renung-renungkan kemudahan yang kita kecapi pada hari ini..janganlah jadi macam Mat Jenin..hehehe..Harap anda semua terhibur setelah membaca blog saya ini…read more…>>

Teknik Memikat Wanita!!!



et cetera